Kesatuan Pekerja-Pekerja Kumpulan Public Bank (PBGEU) telah ditubuhkan oleh sekumpulan pekerja-pekerja dari Public Bank, untuk semua pekerja (dalam skop tertentu) yang bekerja di Public Bank. Kami percaya bahawa perwakilan terbaik datang daripada mereka yang memahami budaya tempat kerja, dasar-dasar serta cabaran harian yang dihadapi.
→ 13 FEBRUARY 2025
PBGEU ditubuhkan secara rasmi
→ 7 JULY 2025
PBGEU didaftar secara sah dengan JHEKS
→ 7 NOVEMBER 2025
Pengiktirafan dianugerahkan oleh Pengurusan Public Bank
→ 29 NOVEMBER 2025
AGM Pertama berjaya dilaksanakan secara Demokratik
→ KINI
Keahlian yang Semakin Bertambah di Semua Cawangan
Semua ahli jawatankuasa merupakan pekerja-pekerja yang masih berkhidmat dan menjalankan tugas hakiki seperti biasa di Public Bank sambil berkhidmat di dalam kesatuan.
Memberikan perwakilan yang segera dan berkesan untuk pekerja Public Bank
Memastikan layanan yang adil dalam semua urusan tempat kerja
Membina kesatuan yang kukuh dan demokratik dengan tumpuan kepada keperluan khusus bank kita
Mengekalkan ketelusan sepenuhnya dalam semua aktiviti kesatuan
Membuat persediaan untuk rundingan kolektif selaras dengan pertambahan keahlian kita